SMK. PAYA PULAI UNIT BINA INSAN RISALAH NUR IMAN
MAULIDUR RASUL
Kelahiran Nabi Muhammad
Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, suruhan Abu Lahab . Kemudian Halimah bt. Abi-Dhuaib dari Bani Saad. mengambil Muhammad sebagai anak susuan, Keberkatan Allah, kambing dan unta menjadi banyak. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka membedah Muhammad lalu mengeluarkan hati,dan membasuh darah dari hati tersebut menggunakan air zam-zam.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda dijaga dengan penuh kasih sayang, Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Aminah ditemani Ummu iman membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya dan menziarahi kubur ayahandanya.,
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta . Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia.Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Ummu Aiman.Baginda tinggal dengan Abdul Mutalib.Abdul Mutallib Wafat
Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia.Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib menjaga anak saudaranya Muhammad. .Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya Dia tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib . Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran duniawi.
Selepas baginda meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda . Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun.
Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan”.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi dengan kaum kerabatnya.Dakwah tersebut berlangsung selama tiga tahun.
Dakwah Secara Terang-terangan
Allah menurunkan wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan,
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda . Abu Talib, selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah . Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
“Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya”
Kewafatan Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu .Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya.
Bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan Rasulullah.
Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan semakin hebat.Allah merintahkan Rasulullah untuk berhijrah ke Madinah dan berjaya membentuk negara Islam Madinah
Rasulullah telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya pada tahun 10 H. Baginda juga telah menyampaikan khutbah yang terakhir.Ayat Al Quran yang terakhir telah turun setelah selesai Rasulullah menyampaikankhuttbah.iaitu Surah Al Maidah : 3
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar. Rasulullah adalah contoh terbaik .
BERSAMA-SAMALAH KITA
MENGHAYATI MAULIDUR RASUL 143IH
SEMOGA KITA MENJADI INSAN BERTAKWA
No comments:
Post a Comment