KELAS SENJATA API M16 KOR KADET POLIS TAHUN 2010
TARIKH : 24 MAC 2010
HARI : RABU
MASA : 3.00 P.M
Kehadiran Guru Penyelaras Kadet :
1. En, Ahmad Nizal B Ibharim
2. Cik Rohaizan Binti Ishak
3. Pn. Salwana Binti Yusoff
4. Pn. Nik Zuhailah Binti Nik Zainal Abidin
Kehadiran Kadet : Rujuk Lampiran
Kelas Senjata Api M16 telah diadakan pada 24 Mac 2010 (Rabu) yang bertujuan untuk mendedahkan kepada pada anggota kadet tentang maklumat umum tentang senjata api M16. Selain itu, para anggota kadet juga diberi tunjuk ajar tentang tatacara penggunaan senjata api tersebut dan kedudukan yang tepat dalam menembak sasaran serta aspek keselamatan yang perlu dipatuhi oleh anggota kadet. Sememangnya anggota kadet diwajibkan menghadiri kelas teori senjata api tersebut sebelum berada di lapang sasar menembak yang sebenar.
Seramai tiga orang anggota polis dari Unit Senjata Api dan Bom, Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh hadir untuk memberi tunjuk ajar yang diketuai oleh Sarjan Malick. Beliau turut dibantu oleh jurulatih Kor Kadet Polis SMK Paya Pulai iaitu Kopral Asri.
Semua anggota kadet dikehendaki untuk cuba mengendalikan senjata api tersebut seperti yang telah ditaklimat dengan dibimbing oleh jurulatih dan pembantunya. Pengalaman pertama memegang senjata api M16 yang sebenar telah memberi makna dan pengalaman yang cukup berharga kepada para anggota kadet polis SMK Paya Pulai. Kebanyakan anggota kadet amat teruja ketika memegang senjata api yang sebenar.
Kehadiran anggota kadet amat mengagumkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan terutama bagi anggota kadet polis lelaki yang baru pertama kali berpeluang mengikuti aktiviti tersebut. Latihan menembak yang sebenar dijangkakan akan diadakan dalam bulan April di Lapang Sasar Menembak Bukit Rangin, Kuantan Pahang.
Kelas menembak tersebut tamat pada jam 5.30 petang.
Yang melaporkan,
(ROHAIZAN BINTI ISHAK)
Guru Penyelaras Kadet Polis,
SMK Paya Pulai.
Thursday, March 25, 2010
Wednesday, March 10, 2010
Tuesday, March 9, 2010
MAJLIS TADARUS AL-QURAN
Majlis Tadarus Al-Quran
Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Zon Temerloh Tahun 2010M/1413H.
Para pemenang telah diberi sijil oleh GPK KOKU En. Mohd Nor Hilme Bin Mohd Tajudin dalam satu majlis perhimpunan rasmi pada 3 Mac lalu.
1) Bahagian Tilawah
Tempat Kedua
Akmal bin Hasan 3 Bukhari
Tempat Ketiga
Sharifah Nur Atiqah bt Syed Ghalid
2) Bahagian Tahfiz
Tempat Pertama
Maizatul Atiqah bt Mustajab
Tempat Ketiga
Faizzudin bin Mohd Yasin
3) Bahagian Syarahan Agama
Tempat kedua
Maizatul Afnie Bt Mustajap
Penyertaan
Muhamad Arif Fikri bin Azari

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul 2010
Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 5/03/2010 iaitu pada hari Jumaat.
Penglibatan sambutan melibatkan semua guru,pelajar dan staf sekolah.
Acara telah dimulakan seawal pagi bermula dengan Solat Hajat, bacaan Yassin , Ceramah Maulidul Rasul , Acara Perarakan serta pertandingan antara unit beruniform.

Berselawat di dewan terbuka .
Pengerusi yang berkaliber bagi menjalankan tugasan sebagai pengerusi majlis pada majlis ceramah ini ialah Ustaz Zul dengan pantunnya " Gendang gendut tali kecapi, ... esok datang lagi"
Ceramah Agama oleh Iman 2 Masjid Abu Bakar
Sambutan Perarakan telah dipimpin oleh Ustaz Nawawi bin Budin GPK HEM Smkpp.
Semua unit-Pasukan unit beruniform telah bertanding dalam Sambutan Maulidir Rasul iaitu Pasukan Kadet Bomba, Kadet Polis, PBSM, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah.
Berikut adalah Pasukan Unit Beruniform dari unit SMKPP:
1. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
Guru pembimbing PBSM yang berdedikasi lagi bertakwa iaitu Pn Yusma dan Pn Suhaini
2. Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Pasukan KRS dipimpin oleh En. Sulaiman
3. Puteri Islam
Pasukan Puteri Islam yang mantap dipimpin oleh Ustz Rabiatul Adawiyah dan Ustz Halimatun
4. Kadet Polis
Pasukan Kadet Polis dipimpin oleh CiK Rohaizan
5. Kadet Bomba
Monday, March 8, 2010
Sambutan Maulidur Rasul 2010 warga SMKPP
SMK. PAYA PULAI UNIT BINA INSAN RISALAH NUR IMAN
MAULIDUR RASUL
Kelahiran Nabi Muhammad
Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, suruhan Abu Lahab . Kemudian Halimah bt. Abi-Dhuaib dari Bani Saad. mengambil Muhammad sebagai anak susuan, Keberkatan Allah, kambing dan unta menjadi banyak. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka membedah Muhammad lalu mengeluarkan hati,dan membasuh darah dari hati tersebut menggunakan air zam-zam.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda dijaga dengan penuh kasih sayang, Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Aminah ditemani Ummu iman membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya dan menziarahi kubur ayahandanya.,
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta . Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia.Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Ummu Aiman.Baginda tinggal dengan Abdul Mutalib.Abdul Mutallib Wafat
Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia.Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib menjaga anak saudaranya Muhammad. .Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya Dia tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib . Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran duniawi.
Selepas baginda meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda . Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun.
Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan”.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi dengan kaum kerabatnya.Dakwah tersebut berlangsung selama tiga tahun.
Dakwah Secara Terang-terangan
Allah menurunkan wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan,
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda . Abu Talib, selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah . Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
“Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya”
Kewafatan Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu .Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya.
Bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan Rasulullah.
Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan semakin hebat.Allah merintahkan Rasulullah untuk berhijrah ke Madinah dan berjaya membentuk negara Islam Madinah
Rasulullah telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya pada tahun 10 H. Baginda juga telah menyampaikan khutbah yang terakhir.Ayat Al Quran yang terakhir telah turun setelah selesai Rasulullah menyampaikankhuttbah.iaitu Surah Al Maidah : 3
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar. Rasulullah adalah contoh terbaik .
BERSAMA-SAMALAH KITA
MENGHAYATI MAULIDUR RASUL 143IH
SEMOGA KITA MENJADI INSAN BERTAKWA

Saturday, March 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)