PUNCAK KINABALU.
Kumpulan kami teerdiri daripada 3 orang lelaki dan 6 orang wanita memulakan pendakian pada jam 8.30 a.m dengan di iringi oleh 2 orang ‘guide’. Kumpulan kami sampai ke tempat penginapan di Gunting Lagadan pada jam 4.30 p.m. Selepas menikmati minum petang kami mendaftar masuk ke bilik yang telah ditetapkan untuk bermalam sebelum memulakan pendakian ke puncak Kinabalu pada keesokan paginya. Sebelum makan malam pada jam 6.00 p.m kami membersihkan diri namun air yang terdapat di kawasan ini terlalu sejuk seperti air yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Akan tetapi kemudahan air panas yg di sediakan membolehkan kami mandi dengan selesa.
Pada ke esokan paginya bermula jam 2.00 a.m kami sudah bersiap untuk memulakan pendakian ke puncak. Pendakian yang lebih mencabar ini bermula pada pukul 2.30 pagi. Pendakian yg mencabar ini adalah kerana keadaan cuaca yang terlalu sejuk, kegelapan malam, kawasan berbatu curan dan juga licin. Masing-masing terpaksa membawa lampu suluh bagi memudahkan pendakian. Namun cabaran yg dihadapi kami tempuhi jua bagi mencapai misi menawan Puncak Kinabali buat kali pertama bagi diri saya.
Setelah mendaki melebihi 3 jam akhirnya saya sampai di Puncak Kinabalu pada jam 5.50 a.m. Dengan perasaan yg amat gembira saya memahtkan kenangan dengan bergambar bersama bendera SMK Paya Pulai, Temerloh Pahang.
Kira-kira jam 6.15 a.m saya dan rakan-rakan mula turun ke tempat penginapan di Gunting Lagadan. Selepas bersarapan pagi kami memulakan perjalanan turun semula ke kaki gunung.
Catatan Perjalanan
Mohamad Sabrihidin Man
SMK Paya Pulai