Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU SMKPP

Hari Guru SMKPP 2010.





Sambutan Hari Guru SMKPP telah diadakan pada 17 Mei 2010.
Perlaksanaan sambutan Hari guru telah diamanahkan kepada Kelab Staf SMKPP bagi menjayakan semua program yang dirancangkan.

Sambutan ini telah bermula dari pukul 7.00 pg sehingga 2.40 petang. Acara ini telah dimulakan dengan perarakan semua guru bermula dari hadapan foyer sekolah sehingga ke tapak perhimpunan dengan iringan paluan pasukan kompang sekolah yang dikelolakan oleh Cikgu Cik Rohaizan.

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu sekolah telah dinyanyikan dengan penuh semangat.
Bacaan Perutusan telah dibacakan oleh Pn. Zainun binti Jamaluddin untuk Perutusan daripada Menteri Pendidikan dan Bacaan Perutusan Pengarah Pendidikan oleh Ustaz Nawawi bin Budin.

Acara Perasmian oleh Pengetua

Nyanyian Lagu Kami Guru malaysia dipimpin oleh Cikgu Muzaffar
Bacaan Ikrar di pimpin oleh Cikgu Sa'ari bin Othman.



Pengacara Majlis dikendalikan oleh Cikgu Rahim dan Pn. Rosmalina

Majlis serahan kad daripada pelajar kepada pengetua

Ucapan oleh guru Practikum dari Sarawak iaitu En. Donny Anak Whitsuntide di bawah bimbingan En. Mohd Nor Hilme Bin Mohd Tajudin yang telah menamatkan latihan practikum di SMKPP pada 27 Mei 2010. Tahniah En. Donny semuga jumpa lagi.



Sukaneka telah diadakan untuk semua guru bagi melengkapkan sambutan hari guru.Semua guru telah bertarung bagi mempertahankan kejuaraan pasukan masing-masing.



Setelah selesai pertandingan antara guru dalam sukaneka . Majlis penyampaian hadiah kepada semua peserta telah disempurnakan oleh Pengetua.



Persembahan oleh pelajar selepas waktu rehat


Sesi ceramah telah diadakan untuk semua warga SMKPP pada waktu tengahari dari JAIP.

Sempena Hari Guru tahun ini Pengetua telah memberi anugerah kepada guru.










Satu lagi anugerah yang diberikan ialah untuk Pengantin Baru iaitu Pn Widuri


Sambutan Hari guru diakhiri dengan majlis bersalaman antara pelajar dengan guru.

















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Gotong Royong Perdana

Gotong-Royong Perdana 2010.

Majlis Gotong Royong Perdana telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Mei 2010 yang lalu.





Semua guru, kakitangan dan AJK PIBG serta sejumlah murid telah dipilih bagi menjayakan gotong royong ini.

Sebanyak 7 tempat untuk pelaksanaan gotong royong ini telah dipilih dan dilaksanakan dengan jayanya.

Antara tempat-tempat yang dipilih ialah :-
1. Kelas,
2. Lorong Masuk Banggunan Pentabdiran,
3. Bilik disiplin,
4. Bilik Gerakan,
5. Kantin,
6. Membina Meja Catur.

Monday, May 3, 2010

Pertandingan Bilik- Bilik dan Unit Di Sekolah

Pertandingan Bilik-Bilik Khas Peringkat Daerah Temerloh.
- SMKPP telah memasuki pertandingan ini.
Antara Bilik-bilik Khas dan Unit yang masuk bertanding ialah:
1. Pusat Sumber Sekolah



2. Kantin
Pengusaha Kantin : Pn Nor Aziha Bt Chik



Antara pekerja kantin yang berdidikasi dan rajin iaitu En Osman.



3. Makmal Sains. Surau
5. Lorong PPDA (Program Pendidikan Pencegahan Dadah)